Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau
liang. Tujuh buah liang di kepala, dan dua buah liang di bawah badan letaknya.
Tujuh buah letaknya di kepala: Dua liang mata, dua liang telinga, dua liang
hidung, dan sebuah liang mulut. Yang dua macam di bawah: Sebuah liang kemaluan
dan liang dubur.
Dijadikan pula lima buah pancaindera:
1. Mata alat
penglihatan.
2. Hidung alat penciuman.
3. Telinga alat pendengaran.
4. Mulut alat perasa manis, masin dan sebagainya.
5. Anggota tubuh lainnya seperti kulit, telapak tangan, untuk perasa, halus, kasar, dan sebagainya.
2. Hidung alat penciuman.
3. Telinga alat pendengaran.
4. Mulut alat perasa manis, masin dan sebagainya.
5. Anggota tubuh lainnya seperti kulit, telapak tangan, untuk perasa, halus, kasar, dan sebagainya.
Ketika Allah akan jadikan Adam, tanah itu dicampuri
air tawar, air masin, air hanyir, angin dan api. KemudianAllah resapkan Nur
kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam "Sifat”. Lalu tubuh Adam
itu digenggam dengan genggaman "Jabarut" kemudian diletakkan di dalam
"Alam Malakat."
Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan "Tubuh
Adam" adalah tanah pilihan. Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu
dicampurkan dengan rempah-rempah, wangi-wangian dari Nur Sifat Allah, dan
dirasmi dengan air hujan "Bahrul-Uluhiyah." Kemudian tubuh itu
dibenamkan dengan air "Kudral- 'lzzah-Nya," iaitu sifat "Jalan
dan Jammal", lalu diciptakan menjadi tubuh Adam yang sempurna.
Cuba perhatikan fiman Allah dalam surah Ad-Dahr, ayat
satu sebagaimana yang berbunyi sebagai berikut: "Apakah tidak datang
kepada manusia khabar berita suatu zaman yang tidak dapat disebut-sebutkan
menurut perhitungan manusia?"
Yang maksudnya Allah ciptakan alam semesta dan temasuk Adam dalam waktu yang sangat lama, yang tidak dapat ditaksir dan dikira-kira menurut perhitungan manusia zaman sekarang.
Yang maksudnya Allah ciptakan alam semesta dan temasuk Adam dalam waktu yang sangat lama, yang tidak dapat ditaksir dan dikira-kira menurut perhitungan manusia zaman sekarang.
Menurut keterangan ulama, ketika tubuh Adam
diselubunginya dalam waktu 120 tahun, 40 tahun di tanah yang kering, 40 tahun
di tanah yang basah, dan 40 tahun yang hitam dan berbau. Kemudian Allah rubah
tubuh Adam dengan rupa kemuliaan. Maka tertutuplah pemandangan mata malaikat
daripada melihat hakikat yang sebenamya. Mereka memandang rendah akan bakal
kejadian Adam lantaran menurut penglihatan yang nyata asal kejadian Adam. Tiada
lain sebabnya dari kurang makrifat mereka. Memang para malaikat telah
mengetahui bahawa Adam ini akan menjadi khalifah Tuhan di dunia. Sudah tentu
mereka merasa hairan, mengapa orang yang akan menjadi khalifah Tuhan demikian
asal kejadiannya. Sedangkan bangsa malaikat asal kejadian mereka dari cahaya.
Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk ke
dalam tubuh Adam, ia pun merasa enggan. Segan dan malas untuk masuk ke tubuh
Adam yang masih merupakan patung yang kini sudah mengeras seperti batu. Roh itu
bukan masuk, malah ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar
di situ dikelilingi malaikat yang menyaksikan seperti Jibril, Mikail, Israfil,
Izra'il dan lain-lain malaikat lagi.
Kemudian Allah menyuruh malaikat Izra'il untuk memaksa roh itu masuk ke dalam tubuh Adam. Akhirnya mahu tidak mahu roh itu menyerah kepada Izra' il.
Kemudian Allah menyuruh malaikat Izra'il untuk memaksa roh itu masuk ke dalam tubuh Adam. Akhirnya mahu tidak mahu roh itu menyerah kepada Izra' il.
Ia dimasukkan ke dalam tubuh Adam, lalu roh itu masuk
perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa selama 200 tahun.
Demikianlah Allah memberi kekuatan kepada Izra'il untuk memasukkan roh ke dalam
tubuh Adam. Dahulu Izra'il ditugaskan mengambil tanah untuk Adam, dan kini dia
pula ditugaskan untuk mencabut nyawa umat manusia.
Setelah ia meresap ke kepala Adam, maka teijadilah
otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah
matanya seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik ke kiri dan ke
kanan. Dan juga melihat ke bawah di mana sebahagian daripada badannya masib
merupakan tanah keras. Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang
menyaksikan kejadian dia. Ketika itu telinga Adam telah dapat mendengar para
malaikat mengucap tasbih memuji kebesaran Allah, dengan bemacam-macam ucapan
kalimat tasbih dengan suara merdu dan mengasyikkan.
Kemudian ketika roh sampai ke hidungnya lalu ia
bersin, serta mulutnya terbuka. Ketika itu Allah ajarkan mengucap
Alhamdulillah. Itulah ucapan Adam pertama kali ke hadrat Allah. Lalu Allah
berkata: "Yarkhamukallaah" yang ertinya: "Semoga engkau diberi
rahmat Allah."
Oleh kerana itu jika orang bersin menjadi ikutan sunat
mengucap: "Alhamdulillah" dan orang yang mendengarnya sunat mengucap:
Yarkhamukallaah."
Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba
saja ia mahu bangun. Padahal sebahagian badannya ke bawah masih menjadi tanah
keras. Di sini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar).
Sebagaimana fiman Allah SWT maksudnya: "Dan adalah manusia itu, suka
tergesa-gesa."
Maka ketika roh itu sampai di bahagian perutnya maka
terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasalah
lapar. Kemudian terus roh itu meresap sampai ke seluruh tubuh Adam, tangan,
kaki, lalu terjadi darah daging dan tulang, urat-urat, berkulit dengan
sempurna, yang mana kulit itu kian lama kian bagus dan halus. Begitulah proses
kejadian-kejadian tubuh Adam.
Menurut riwayat ketika Adam masih berada di Syurga
sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit kita sekarang ini.
Kerana setelah Adam diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan warna kulitnya.
Sebagai peringatan, yang masih tertinggal warnanya hanya pada kuku manusia. Hal
ini kita biasa lihat meskipun orang kulitnya hitam, tapi warna kuku adalah
sama, ialah putih kemerah-merahan.
Suatu keterangan bahawa Nabi Adam as dikenali dengan
gelaran Abul-Basyar: (Bapa segala Manusia) dan Nabi Muhammad SAW pula dengan
gelaran "Abul Ruh" atan "Abul Arwah" (Bapa segala roh).
Setelah kejadian Adam sempurna sebagal manusia, maka
dialah merupakan jenis makhluk manusia yang pertama. Wajahnya cukup cantik,
semua malaikat berasa kagum lihat Adam yang begitu menawan. Mereka sama sekali
tidak menyangka bahawa makhluk yang asalnya dari tanah kini kelihatan indah dan
menawan.
Kemudian Adam dipakaikan dengan pakaian kebesaran dari
syurga dengan mahkota yang ditatah intan berlian yang menambahkan lagi
keagungannya sebagal seorang raja atau khalifah. Setelah itu Adam duduk di atas
kerusi keemasan yang bertatah pemata sambil dikelilingi oleh para malaikat.
Kemudian setelah Adam duduk di atas kerusi itu, lalu dia di usung oleh empat
orang malaikat serta diiringi oleh ribuan malaikat untuk diperkenalkan kepada
penghuni di langit yang pertama sehingga ke langit yang ke tujuh sampailah ke
syurga.
Menurut riwayat mengatakan Adam diarak oleh malaikat
selama lebih kurang 100 tahun. Setelah itu barulah Adam dibawa ke syurga iaitu
tempat Adam mula-mula dijadikan.
Kemudian datanglah Jibril membawa seekor kuda dari
syurga yang berwarna hijau muda serta bersayap. Baunya sangat harum serta dapat
berkata-kata seperti manusia. Di belakang kuda itu terdapat tempat duduk yang
selesa. Jibril memegang tali pemacu, Mikail duduk di sebelah kanan Adam
manakala Israfil pula duduk di sebelah kiri beliau.
Diceritakan di mana saja Adam pergi dia selalu
mengucapkan "Assalamualaikum" yang mana ia dijawab oleh setiap para
malaikat dengan "Waa'alaikum salam."
Jibril & 12,000 Malaikat menemui Rasulullah di
Bukit Qubais
Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari
hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu
bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada
pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka
sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum
bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang
dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun
yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya. (Ar-R'ad 13:11)
Pada zaman jahiliah di antara
beberapa orang raja ada seorang raja yang bernama raja Habib lbnu Malik di kota
Syam. Orang-orang arab menggelarnya “Raihanah Quraisyin.”
Ketika Raja Habib bersama
angkatan tenteranya seramai 12,000 orang singgah di Abthah, iaitu suatu tempat
dekat kota Makkah maka datanglah Abu Jahal beserta pengikut pengikutnya
memberikan berbagai-bagai hadiah kepada raja Habib.
Setelah itu Abu Jahal
dipersilakan duduk di sebelah kanan raja Habib. Berkata raja Habib: “Wahai Abu
Jahal katakan kepadaku tentang Muhammad.”
Berkata Abu Jahal: “Tuan, silalah
tuan tanya tentang Muhammad itu dari Bani Hasyim.”
Raja Habib pun bertanya kepada
Bani Hasyim: “Wahai Bani Hasyim, katakan pada beta tentang Muhammad itu.”
Berkata Bani Hasyim: “Sebenarnya
kami telah mengenal Muhammad itu sejak dia kecil lagi, orangnya sungguh amanah
dan setiap katanya benar; dia tidak akan berkata selain dari yang benar.
Apabila umur Muhammad meningkat pada 40 tahun dia telah mula mencela Tuhan kita
dan dia membawa agama baru yang bukan datangnya dari nenek moyang kita.”
Sebaik sahaja raja Habib
mendengar penjelasan dan Bani Hasyim maka dia pun berkata: “Bawa Muhammad
mengadap dengan cara baik, kalau Muhammad degil maka gunakan kekerasan.
Setelah itu mereka pun mengutus
salah seorang untuk menjemput Muhammad SAW. Setelah Rasulullah SAW menerima
pesanan raja, baginda pun bersiap-siap untuk pergi, sementara itu Abu Bakar ra
dan Siti Khadijah menangis kerana takut baginda dizalimi oleh raja tersebut.
Rasulullah SAW berkata:
“Janganlah kamu berdua menangis, serahkanlah urusanku ini kepada Allah SWT.”
Kemudian Ahu Bakar ra pun
mengaturkan pakaian untuk RasuIulIah SAW yang terdiri dari baju berwarna merah
dan serban berwarna hitam.
Setelah Rasulullah SAW mengenakan
pakaian tersebut maka baginda bersama Abu Bakar ra dan Khadijah ra pun pergi
menghadap raja Habib. Setelah sampai di hadapan raja, Abu Bakar ra berdiri di
sebelah kanan Rasulullah SAW sementara Siti Khadijah berdiri di belakang
Rasulullah SAW.
Apabila raja Habib melihat
baginda Rasulullah SAW berdiri dihadapannya maka raja Habib pun bangun memberi
hormat mempersilakan Rasulullah SAW duduk di sebuah kerusi yang diperbuat dari
emas. Sementara itu Siti Khadijah yang merasa cemas berdoa kepada Allah SWT:
“Ya Allah, tolonglah Muhammad dan mudahkanlah dia menjawab sebarang
pertanyaan.”
Sewaktu baginda duduk di hadapan
raja Habib maka keluarlah cahaya memancar dari wajah baginda dan baginda duduk
dengan tenang tanpa rasa takut.
Raja Habib memulakan pertanyaan:
‘Wahai Muhammad, kamu pun tahu bahawa setiap Nabi itu ada mukjizatnya, jadi
apakah mukjizat kamu itu?”
Bersabda Rasulullah SAW: “Katakan
apakah yang kamu kehendaki?”
Berkata raja Habib: Aku mahu
matahari itu terbenam dan bulan pula hendaklah turun ke bumi dan kemudiannya
bulan hendaklah terbelah menjadi dua, kemudian masuk di bawah baju kamu dan
separuh keluar melalui lengan baju kamu yang kanan dan sebelah lagi hendaklah
keluar melalui lengan baju kamu yang kiri. Setelah itu bulan itu hendaklah
berkumpul menjadi satu di atas kepala kamu dan bersaksi atasmu, kemudian bulan
itu hendaklah kembali ke langit dan mengeluarkan cahaya yang hersinar dan
hendaklah bulan itu tenggelam. Sesudah itu hendaklah matahari yang tenggelam
muncul semula dan berjalan ke tempatnya seperti mulanya.”
Setelah mendengar begitu banyak
yang raja Habib kehendaki, maka baginda Rasulullah SAW pun bersabda:
Apakah kamu akan beriman kepadaku
setelah aku melakukan segala apa yang kamu kehendaki?”
Berkata raja Habib: “Ya, aku akan
beriman kepadamu setelah kamu dapat menyatakan segala isi hatiku.”
Abu Jahal yang sedang menyaksikan
percakapan itu segera melompat ke hadapan sambil berkata: “Wahai tuanku, tuanku
telah mengatakan yang cukup baik dan tepat.”
Rasulullah SAW pun keluar lalu
pergi mendaki gunung Abi Qubais, kemudian baginda mengerjakan solat dua rakaat
lalu berdoa kepada Allah SWT. Setelah berdoa maka turunlah malaikat Jibril as
bersama dengan 12,000 malaikat dengan memegang panah di tangan mereka.
Malaikat Jibril as berkata:
“Assalamu alaika yaa Rasulullah, sesungguhnya Allah telah bersalam kepadamu dan
berfirman:
“Wahai kekasihku, janganlah kamu
takut dan bersusah hati. Aku akan sentiasa bersamamu di mana sahaja engkau
berada dan telah tetap dalam pengetahuanKu dan berjalan di dalam qada
kepastianKu di zaman azali apa-apa yang diminta oleh raja Habib bin Malik pada
hari ini; pergilah kamu kepada mereka dan berikan hujjahmu dengan tepat dan
jelaskan keadaanmu dan keutusanmu. Ketahuilah sesungguhnya Allah SWT telah
menundukkan matahari, bulan, malam dan siang. Sesungguhnya raja Habib itu
mempunyai seorang puteri yang tidak mempunyai kedua tangan, kedua kaki dan
tidak mempunyai kedua mata. Dan katakan kepadanya bahawa Allah SWT telah
mengembalikan kedua tangannya, kedua kakinya dan kedua matanya.”
Setelah itu Rasulullah SAW pun
turun dari gunung Abi Qubais dengan rasa tenang dan rasa gembira. Malaikat
Jibril as di angkasa dan para malaikat berbaris lurus dan Rasulullah SAW
berdiri di maqam Ibrahim. Dan adalah saat itu matahari terbenam.
Matahari mulai seakan-akan
berlari cepat, ertinya matahari cepat-cepat terbenam dan menjadi gelap gelita.
Kemudian bulan terbit dengan terangnya, setelah bulan naik meninggi baginda
Rasulullah SAW memberikan isyarat dengan dua jari-jarinya kepada bulan itu, dan
bulan seakan-akan berlari turun ke bumi dan berdiri di hadapan baginda
Rasulullah SAW. Kemudian bulan itu bergerak-gerak seperti awan lalu bulan itu
terbelah menjadi 2 dan bulan itu masuk di bawah baju Rasulullah SAW separuhnya
keluar melalui lengan sebelah kanan baju baginda sementara yang sebelah lagi
keluar melalui lengan sebelah kiri baju baginda. Kemudian bulan kembali
bercantum mengeluarkan cahaya dengan terang lalu berdiri di atas kepala
Rasulullah SAW dengan berkata: “Saya bersaksi bahawa sesungguhnya tidak ada
Tuhan melainkan Allah dan saya bersaksi bahawa Muhammad itu hamba Allah dan
RasulNya sesungguhnya berbahagialah orang-orang yang membenarkan engkau
Muhammad dan rugilah orang-orang yang menyalahi engkau.”
Setelah bulan berkata demikian
maka bulan pun kembali ke langit menjadi terang dan menghilangkan dirinya.
Sebaik sahaja bulan menghilangkan dirinya maka matahari pun timbul kembali.
Oleh kerana raja Habib telah mengatakan bahawa Rasulullah SAW mesti memberitahu
rasa hatinya maka diapun berkata: ‘Wahai Muhammad, kamu masih ada satu syarat
lagi.”
Belum sempat Habib hendak berkata
maka baginda Rasululah SAW bersabda: “Sesungguhnya kamu mempunyai seorang
puteri yang tidak mempunyai dua tangan, tidak mempunyai dua kaki dan dia juga
tidak mempunyai dua mata dan sesungguhnya ketahuilah olehmu Allah SWT telah
mengembalikan kedua tangan, kedua kaki dan kedua matanya.”
Sebaik sahaja raja Habib
mendengar dan meihat segala galanya maka dia pun berkata: “Wahai ahli Makkah,
tidak ada kufur sesudah iman dan tidak ada keraguan sesudah yakin, oleh itu
ketahuilah oleh kamu sekelian bahawa sesungguhnya aku bersaksi, Tidak ada Tuhan
melainkan Allah yang satu dan tidak ada sekutu bagiNya, dan saya bersaksi
bahawa sesungguhnya Muhammad itu hambaNya dan utusan-Nya.”
Raja Habib dan semua bala tenteranya
masuk Islam. Kemarahan Abu Jahal meluap-luap dan dia berkata: “Wahai tuan raja,
apakah tuan percaya kepada ahli syihir ini sehingga syihir itu telah
mempersonakan tuan.”
Raja Habib tidak menghiraukan
kata-kata Abu Jahal, sebaliknya raja Habib kembali ke negerinya Syam. Apabila
raja Habib masuk ke dalam istananya dia disambut oleh anak perempuanya dengan
mengucap: “Asyhadu alla ilaaha illallah wa asyhadu anna Muhammadan ‘abduhu wa
Rasuuluhu” (Saya bersaksi bahawa sesungguhnya tidak ada Tuhan melainkan AlIah
dan saya bersaksi bahawa Muhammad itu adalah pesuruhNya dan utusanNya).
Raja Habib tercengang dengan
kalimah yang diucapkan oleh anaknya maka dia pun berkata: “Wahai anakku,
siapakah yang mengajarkan kepada kamu kalimah ini?”
Berkata anak raja Habib:
“Sebenarnya sewaktu saya tidur, telah datang seorang lelaki lalu berkata kepada
saya: “Sesunguhnya ayah kamu telah masuk Islam, kalau kamu mahu masuk Islam
maka aku kembalikan segala anggota kamu dengan baik.” Setelah itu saya pun
tidur dan pagi ini diri saya tidak ada yang
kurang seperti yang ayah lihat
sekarang”
Kemudian raja Habib bersyukur
sujud kepada Allah SWT agar nikmat iman dan bertambahlah keyakinan. Setelah itu
raja Habib mengumpulkan emas, perak dan kain lalu dinaikkan atas lima ekor unta
berserta dengan beberapa orang hamba
dikirimkan kepada Rasulullah SAW.
Ketika rombongan yang membawa
segala hadiah dari raja Habib itu sampai dekat kota Makkah, tiba-tiba muncul
Abu Jahal bersama kuncu-kuncunya lalu berkata: “Kamu semua milik siapa?”
Berkata rombongan itu: “Kami
semua ini milik raja Habib bin Ibnu Malik dan kami hendak pergi pada Rasullulah
SAW.”
Sebaik sahaja Abu Jahal mendengar
jawapan dari rombongan itu maka dia cuba merampas semua barang-barang yang bawa
oleh rombongan itu, oleh kerana rombongan itu enggan menyerahkan barang-barang
tersebut maka berlakulah pergaduhan antara kedua belah pihak. Apabila berlaku
peperangan diantara kedua belah pihak maka berkumpullah penduduk kota Makkah
dan datang bersama mereka Rasulullah SAW.
Melihat akan kedatangan orang
ramai maka berkata rombongan diraja itu: “Kesemua barang yang kami bawa ini
adalah milik raja Habib, dan raja Habib berhajat untuk rnenghadiahkan kesemua
barang ini kepada Rasulullah SAW.”
Abu Jahal berkata: “Raja Habib
menghadiahkan kesemua harang ini kepada saya.”
Lalu Rasulullah SAW bersabda:
“Wahai penduduk Makkah, adakah kamu semua suka kalau aku mencadangkan sesuatu?”
Berkata penduduk Makkah: “Ya,
kami setuju.”
Bersabda Rasulullah SAW: “Kita
hendaklah memutuskan percakapan unta ini, untuk siapakah sebenarnya harta ini.
Berkata Abu Jahal: “Kita tentukan
perkara ini esok pagi.”
Setelah mendapat persetujuan dari
Rasulullah SAW untuk ditunda pada esok hari maka Abu Jahal pun balik dan terus
pergi kepada berhala-berhala yang disembahnya, dia pun memberi beberapa korban
kepada berhala-berhala mereka dan memohon pertolongan pada berhala mereka
sehingga pagi.
Apabila waktu yang dijanji telah
tiba maka ramailah penduduk kota Makkah datang untuk melihat keputusan
pengadilan. Rasulullah SAW datang bersama bapa saudara baginda danAbu Jahal
bersama kuncu-kuncunya. Sebaik sahaja Abu Jahal sampai maka dia pun terus
mengelilingi unta itu dengan berkata: “Berkatalah unta-unta semua atas nama
Lata, Uzza dan Manata.” Setelah Abu Jahal berkata demikian sekian lama sehingga
matahari telah tinggi, namum unta-unta itu tidak berkata apa-apa.
Maka berkata penduduk kota
Makkah: ‘Wahai Abu Jahal, cukuplah apa yang kamu buat itu, sekarang giliran
Muhamad pula untuk melakukannya.”
Rasulullah SAW pun menghampiri
unta-unta tersebut dengan berkata: ‘Wahai unta makhluk Allah, demi ciptaan
Allah berkatalah kamu dengan kekuasaan Allah.”
Setelah Rasulullah SAW berkata
demikian maka bangunlah salah satu dari lima ekor unta lalu berkata: “Wahai
ahli kota Makkah, kami semua ini adalah hadiah raja Habib bin Ibnu Malik untuk
dipersembahkan kepada Rasulullah SAW.”
Sebaik sahaja unta itu berkata
demikian maka RasulullahSAW pun menarik unta-unta tersebut berserta dengan
barang-barang yang dibawanya ke gunung Qubais, kemudian Rasulullah SAW
mengeluarkan semua emas dan perak yang
ada di atas unta lalu dikumpulkan
sehingga menjadi bukit lalu berkata: “Wahai emas dan perak, hendaklah kamu
semua menjadi pasir.”
Kemudian dengan sekejap sahaja
kesemua emas dan perak itu menjadi bukit sehingga sekarang.
Malaikat
Suka Duduk dalam Majlis Zikir
Dari Abu
Hurairah ra berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: "Allah Tabaraka
wa Taala mempunyai para malaikat yang ditugaskan mencari majlis zikir, sebaik
saja mereka menjumpai majlis zikir, maka mereka akan duduk bersama orang-orang
yang sedang berzikir serta memanggil malaikat-malaikat yang lain. Mereka akan
datang berkerumun mengelilingi orang-orang yang sedang berzikir itu dengan
sayap-sayap mereka sehingga memenuhi ruang antara mereka dengan langit dunia.
Apabila
majlis berzikir itu tamat, maka para malaikat akan naik kembali ke langit. Lalu
Allah SWT bertanya mereka: "Wahai para malaikat-Ku, dari manakah kamu
semua?" Berkata para Malaikat: "Ya Tuhan kami, kami baru saja pulang
dari memeriksa hamba-hambaMu di bumi, mereka bertasbih, takbir, talil dan
tahmid serta memohon kepada-Mu." Sebenarnya Allah SWT lebih mengetahui
tentang perbuatan mereka dan semua makhluk ciptaannya. Setelah Allah SWT
mendengar kata-kata para malaikatNya, maka Allah SWT pun berfiman: "Wahai
para malaikat-Ku, apakah yang mereka minta kepada-Ku?" Berkata para
malaikat: "Hamba-hamba-Mu itu memohon syurga dari-Mu." Allah SWT
bertanya lagi: "Pemahkah mereka melihat akan syurga itu?" Berkata
para malaikat lagi: "Mereka tidak pernah melihat syurga itu."
Berfiman
Allah SWT: "Hamba-hamba-Ku memohon syurga padahal mereka tidak melihatnya
dan apalagi kalau mereka melihat syurga itu." Berkata para malaikat:
"Mereka juga memohon kebebasan." Allah SWT bertanya: "Mohon
bebas dari apa?" Berkata para malaikat: "Hamba-Mu itu memohon kepada-Mu
supaya mereka itu dibebaskan dari neraka jahanam." Allah SWT bertanya para
malaikat lagi: "Pernahkah hamba-hamba-Ku melihatkan neraka-Ku itu?"
Berkata para malaikat: "Tidak ya Allah." Allah SWT berfirman:
"Hamba-hamba-Ku itu tidak pemah melihat neraka jahanam, tapi mereka
memohon supaya dibebaskan darinya, apalagi kalau mereka melihatnya."
Kemudian para malaikat berkata lagi: "Ya
Allah, hamba-Mu itu memohon ampun kepadaMu," Allah SWT
berfiman: "Dengarlah wahai para malaikatKu, Aku mengampuni mereka itu dan
aku akan memberi apa yang mereka minta serta membebaskan mereka dari api neraka
yang mereka takut itu." Berkata malaikat lagi: "Ya Allah, di antara
mereka itu terdapat seorang hamba yang penuh dengan dosa, dia melalui majlis
itu lalu duduk bersama mereka yang sedang berzikir." Allah SWT berkata:
"Orang itu pun Ku ampuni, begitu juga dengan setiap orang yang terlibat
dalam majlis zikir itu, tidak ada yang celaka."
Tidak ada komentar:
Posting Komentar